Wednesday, April 9, 2025

HOME


          

  MPU21032 
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 


TAJUK : RUKUN NEGARA



NAMA PENSYARAH : SURAINI BINTI RIPIN


AHLI KUMPULAN :


NAMA : NURUL FAHDA NAJWA BINTI ABD RAZAH
NO.MATRIK : 19DRT24F2002


NAMA : NURUL ZULFA BINTI MOHD ZAINI
NO.MATRIK : 19DRT24F2004


NAMA : NURUL SHAMIRA BINTI ROZAIMI
NO.MATRIK : 19DRT24F2060


NAMA : NUR IZZA EDLYNA BINTI ABANG NAJAMUDDIN
NO.MATRIK : 19DRT24F2064








RUJUKAN

 RUJUKAN RUKUN NEGARA

Monday, April 7, 2025

PENGENALAN

PENGENALAN RUKUN NEGARA




Pengenalan Rukun Negara: Tonggak Perpaduan Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang unik,  kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Dalam kepelbagaian ini, wujud satu ikatan yang menyatukan kita semua iaitu Rukun Negara. Ia bukan sahaja sekadar lima prinsip yang kita hafal masa di sekolah, tetapi sebenarnya adalah asas penting dalam pembinaan negara bangsa.


Apa Itu Rukun Negara?

Rukun Negara telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, setahun selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, yang menyaksikan ketegangan kaum yang serius. Tujuan utama Rukun Negara adalah untuk:

  • Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

  • Membentuk identiti nasional yang kukuh.

  • Memastikan keharmonian antara kaum dan agama.

  • Menjadi panduan dalam pembentukan dasar negara.


Lima Prinsip Rukun Negara:

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Kenapa Rukun Negara Masih Relevan?

Walaupun sudah lebih 50 tahun diperkenalkan, prinsip Rukun Negara tetap relevan dan penting. Dalam dunia yang makin mencabar, kita perlukan satu asas kukuh untuk kekal bersatu. Tanpa perpaduan, tiada keamanan. Tanpa keamanan, tiada pembangunan.






HOME

             MPU21032  PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN  TAJUK : RUKUN NEGARA NAMA PENSYARAH : SURAINI BINTI RIPIN AHLI KUMPULAN : NAMA : NUR...